Cerpen: i Phone 4 untuk isteri tersayang 1

Cerpen: i Phone 4 untuk isteri tersayang 1

Saufi namanya. Kerja sebagai Operation Planner di JPS. Wajah okey, perwatakan segak. Saufi baru setahun punyai isteri, masih dalam fasa 'penerokaan' justeru sayang masih lagi bukan main.


Karangan ini dikategorikan sebagai... 25SX


Setiap petang kala pulang kerja, isteri Saufi selalunya bermode 'catchy' dengan baju T nipis ringkas dipadankan seluar pendek atau tiga suku jenama Burberry. Selalunya juga isteri kesayangannya yang seksi itu sedang ktung ktang ktung ktang kat dapur di sudut kanan ruang. Kadang dah siap masak, kadang belum, kadang matanya sedang berair kerna bawang, kadang hidungnya sedang merah kerna tumis. Tapi senyum tetap ada.

Justeru. Kalau sebelum kawin Saufi kerja keras balik lambat, lepas kawin pula pukul 5.29 ptg Saufi dah gelepar mahu balik.

Satu petang balik kerja, pemandangan biasa tiada. Buka kasut buka pintu, Saufi tengok isterinya dalam pijama labuh warna putih rambut dalam gulungan tuala sedang berdiri di depan kalender besar ada gambar F1 dengan Fernando Alonso yang sedang sengih kelek topi keledar.

Saufi tutup pintu.

Sambil masukkan gumpalan stokin ke dalam kasut, Saufi renung isterinya. Sejak bila awak minat sama Fernando Alonso? Geleng kepala. Mesti datang bulan ni...

"Assalamualaikum." salam diberi.

"Abang..." Suara Asiah manja bergetar. Tapi masih tetap tercegat kat situ. Kat depan kalendar tergantung di dinding.

Saufi letak beg laptop atas sofa, buka dua butang baju kemejanya, mara ke Asiah. "Ya... awak..."

Asiah dapat hidu bau badan suaminya yang biasa, buat dirinya timbul rasa ala-ala stim kucing di malam hari. Tapi itu agenda nanti-nanti, sekarang ada agenda materialistik sikit. Asiah tidak berkata lagi tetapi cuba bermain cinta. Dia dah plan semuanya. Apabila Saufi dekat, Asiah terus leraikan tuala dan jatuhkan pijamanya gaya artis. Terbuai rambutnya, terserlah ayu tubuhnya. Asiah tambah pula dengan lirik mata, goyang lengan dan sebentuk senyuman gatal buat Saufi tak cukup air liur untuk telan.

Apalagi, Saufi terjerat di situ, nampak sangat air mukanya naik 'syeikh' secara mendadak tak sempat nak sembunyi. Alis mata rapi, bibir pink itu penuh, berkilau dan mungil, bau lehernya original baru lepas mandi dan paling tak tahan Asiah mengenakan lingerie ala-ala baby doll Jepun seksi habis memaparkan istimta' sipi-sipi menyembunyikan kemuncak syurga. Asiah hari ini betul-betul cantik luar biasa. Saufi kembali berpeluh.

Asiah belum selesai. Berpusing daripada menghadap kalender, kini dia menghadap suaminya yang sedang kena karan. Dia merangkul lelaki kesayangannya itu rapat-rapat sampai dia rasa gelombang dada suaminya, sampai dia kena hembusan nafas kucar kacir suaminya.

Walaupun ghairah mencanak-canak, rasa curiosity sempat juga mencelah timbul dalam kepala Saufi. Udang apakah yang sedang berada di sebalik batu ini? Kemudian dia paling tengok kalendar kerana dia rasa jawapannya ada di situ. Nampak. Alamak!


"Abang..." Bibir Asiah bergerak betul-betul di permukaan kulit pipi Saufi. "Mmm... apa kata..."

Ah... sudah. Saufi tiba-tiba rasa haus. "Siah... jap jap. Abang hausla, air sejuk satu. Please."

Asiah senyum. "Okey." Leraikan pelukan. Terus saja melenggang ke dapur untuk dapatkan air.

Pheww!! Hempus nafas panas, Saufi sedut oksigen laju-laju. Sambil matanya takkan sia-siakan peluang menonton scene goyang punggung isterinya. Pakaian Asiah itu pula membentuk bodynya baik serta diberi wangian yang nipis tapi sedap apabila berbaur dengan bau tubuhnya. Saufi agak perfume baru beli. Punyalah bersiap bagai. Ya rabbi Asiah... cantiknya awak, nak bagi saya heart attack ke apa... tapi kan... hmm... kalau ini gayanya, mesti barang mahal ni... Sambil fikir-fikir barang apakah yang sedang berada di sebalik batu, pandangan Saufi kembali ke kalendar. Ada banyak nombor kena bulat-bulat sama bini dia, dia memang tahu. Tapi ada satu bulat yang paling besar, kedudukannya pada hari lusa.

Tarikh itu adalah...

Dia cuba membuat pengesahan memori...


Sohih! Hari jadi dia!

"Air bang..."

Huh! Berpaling Saufi. Cepatnya. Air disambut Saufi guna tangan kanan.

"Abang..." Asiah berganjak cepat dan raih lengan suaminya yang satu lagi. "Malam ni kita makan luar erkk..."

Saufi angguk dalam keadaan berpeluh. Apalah yang dia nak kali ni.




Bersambung....


0 komentar:

Posting Komentar

 

Linux Opensource & Phreaking Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger